PPIK PEKAN PENDANG














Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau Universal Service Provision (USP) merupakan satu usaha Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi untuk merapatkan jurang digital antara penduduk di kawasan bandar dan penduduk di kawasan luar bandar. Projek ini membantu penduduk terutama di kawasan kampung mengenali dunia teknologi maklumat dengan lebih dekat lagi. Bagi merealisasikan projek ini, sebuah pusat teknologi maklumat telah dibina atau diberi nama sebagai Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti (PPIK). Di PPIK, pelbagai keperluan teknologi maklumat disediakan seperti komputer, talian Internet, mesin pencetak dan sebagainya dapat digunakan oleh orang ramai secara percuma.
















PPIK Pekan Pendang ditubuhkan pada bulan October 2008 di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Pendang.PPIK Pekan Pendang menyediakan perkhidmatan penggunaan internet secara percuma,menyediakan kursus komputer percuma (Asas-asas Komputer - Microsoft word,Excel,Power Point dan Pengenalan Internet),mengadakan bengkel ICT di sekolah dan kampung dan perkhidmatan photostat dan mencetak berbayar (photostat -RM0.10 (sehelai),dan Mencetak - RM 0.20(sehelai)














PPIK Pekan Pendang menggunakan sistem WIFI yang membolehkan komuniti melayari Internet di kawasan PPIK ini.Kemudahan seperti ini banyak membantu komuniti untuk mendalami lagi ilmu teknologi maklumat. Projek ini memberi ruang kepada penduduk mempelajari dan menggunakan komputer selain dapat bersama-sama menikmati kecanggihan teknologi yang ada di negara kita. Dunia menjadi semakin luas dengan input-input yang diperoleh melalui Internet.














Bagi komuniti yang tidak mahir menggunakan komputer, kami akan memberi bimbingan dan latihan dari peringkat awal. Kursus kemahiran komputer ini memberi ruang kepada komuniti untuk mempelajari selok-belok mengenai dunia teknologi maklumat. Mereka juga akan dibantu agar dapat memudahkan kehidupan seharian melalui capaian maklumat di hujung jari. Kursus kemahiran komputer ini akan diadakan secara berperingkat daripada kemahiran asas hinggalah kepada kursus penggunaan Internet. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan ini menunjukkan perkembangan positif kerana komuniti kampung sudah mula peka dengan kemudahan teknologi maklumat yang disediakan khusus untuk mereka
0 Responses

Post a Comment