PPIK PEKAN PENDANG


Ucapan Yang Berhormat Dr. Hj Hamdan bin. Mohamed Khalib. Exco Belia dan Sukan, Kesenian, warisan dan Kebudayaan dan Kebudayaan Negeri Kedah..



Ucapan YBhg. En. Harun Jasin, AMK, BCK. Pegawai Daerah Pendang

Antara tetamu yang hadir


lawatan ke PPIK





Antara penyelia PPIK yang hadir. Dari kiri, PPIK Paya Kerchut (Huwaida), PPIK Banggol Besi (Roslaili), PPIK Lahar Tunjung (Ema), PPIK Pekan Pendang (tinie), PPIK Felda Sg Tiang (mira) PPIK Hujung Bandar (abg din)


PPIK PEKAN PENDANG
MAJLIS PERLANCARAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN AWAM PENDANG
&
PUSAT PERKHIDMATAN DAN ILMU KOMUNITI (PPIK)



Pada 31 Januari 2009 (sabtu) Perpustakaan Awam Pendang dan PPIK Pekan Pendang telah mengadakan majlis perlancarannya yang berlangsung di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Pendang, Kedah.Majlis itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Hj. Hamdan bin Mohamed Khalib, Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan Negeri Kedah. Beliau juga merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Pegawai Daerah Pendang, YBhg. En. Harun Jasin, AMK, BCK.En Aziz Azis b. Bon, Pengurus Program USP Fasa V, Bahagian Perniagaan Korporat, Dr Zahidi b. Dato Hj Zainol Rashid, AMK, BKM, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, En Anuar b. Yusoff, 'State Controller' Kedah dan Perlis.En. Bakhir b. Harun,'State Controller' Pulau Pinang dan amai lagi yang turut hadir dalam majlis ini.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Pegawai daerah Pendang, YBhg. En Harun Jasin dan dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Hamdan b. Mohamed Khalib. Selepas perasmian, Exco-exco di bawa melawat sekitar Perpustakaan Awam Pendang dan PPIK Pekan Pendang.

Forum Palestin juga diadakan. Tajuk forum tersebut ialah Isu dan Cabaran. Forum ini di pengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Isa Othman (USM)dan ahli panelnya ialah En. Mohideen Abdul Kadir (CAP) dan Prof. Madya Dr. Fadhlullah Jamil (USM).selepas forum ceramah juga diadakan dan tajuknya ialah Melahirkan Insan Cemerlang oleh En. Kamaruddin Harun. Selain itu, Pesta Buku Pendang 2009 juga diadakan selama 3 hari.

Majlis ini berjalan dengan lancar dan tamat pada pukul 2.00 petang.