PPIK PEKAN PENDANG
Pada 30/04/2009 PPIK Pekan Pendang,PPIK Hujung Bandar dan PPIK Paya Kerchut telah di jemput oleh pihak Kolej Komuniti Kulim, Kedah untuk mengadakan Bengkel ICT.


Antara Pelajar-pelajar yang mengikuti bengkel ini





PPIK PEKAN PENDANG
PPIK PEKAN PENDANG
Pada 19/04/2009 - 23/04/2009 kami PPIK bagi daerah Pendang, Sik dan Baling telah mengadakan bengkel latihan ICT di sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang.


PPIK PEKAN PENDANG














Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau Universal Service Provision (USP) merupakan satu usaha Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi untuk merapatkan jurang digital antara penduduk di kawasan bandar dan penduduk di kawasan luar bandar. Projek ini membantu penduduk terutama di kawasan kampung mengenali dunia teknologi maklumat dengan lebih dekat lagi. Bagi merealisasikan projek ini, sebuah pusat teknologi maklumat telah dibina atau diberi nama sebagai Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti (PPIK). Di PPIK, pelbagai keperluan teknologi maklumat disediakan seperti komputer, talian Internet, mesin pencetak dan sebagainya dapat digunakan oleh orang ramai secara percuma.
















PPIK Pekan Pendang ditubuhkan pada bulan October 2008 di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Pendang.PPIK Pekan Pendang menyediakan perkhidmatan penggunaan internet secara percuma,menyediakan kursus komputer percuma (Asas-asas Komputer - Microsoft word,Excel,Power Point dan Pengenalan Internet),mengadakan bengkel ICT di sekolah dan kampung dan perkhidmatan photostat dan mencetak berbayar (photostat -RM0.10 (sehelai),dan Mencetak - RM 0.20(sehelai)














PPIK Pekan Pendang menggunakan sistem WIFI yang membolehkan komuniti melayari Internet di kawasan PPIK ini.Kemudahan seperti ini banyak membantu komuniti untuk mendalami lagi ilmu teknologi maklumat. Projek ini memberi ruang kepada penduduk mempelajari dan menggunakan komputer selain dapat bersama-sama menikmati kecanggihan teknologi yang ada di negara kita. Dunia menjadi semakin luas dengan input-input yang diperoleh melalui Internet.














Bagi komuniti yang tidak mahir menggunakan komputer, kami akan memberi bimbingan dan latihan dari peringkat awal. Kursus kemahiran komputer ini memberi ruang kepada komuniti untuk mempelajari selok-belok mengenai dunia teknologi maklumat. Mereka juga akan dibantu agar dapat memudahkan kehidupan seharian melalui capaian maklumat di hujung jari. Kursus kemahiran komputer ini akan diadakan secara berperingkat daripada kemahiran asas hinggalah kepada kursus penggunaan Internet. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan ini menunjukkan perkembangan positif kerana komuniti kampung sudah mula peka dengan kemudahan teknologi maklumat yang disediakan khusus untuk mereka
PPIK PEKAN PENDANG

Pekan Pendang terletak kira-kira 30km dari Bandar Raya Alor Setar dan merupakan pusat pentadbiran Daerah Pendang. Pertanian merupakan aktiviti sosioekonomi utama penduduk di Daerah Pendang. Tidak hairanlah jika ke Daerah Pendang, pengunjung akan disajikan dengan panorama yang indah. Sepanjang perjalanan dari Alor Setar, sawah padi yang berada di kiri dan kanan jalan raya menjadi “peneman setia” pengunjung. Penduduk Daerah Pendang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan juga masyarakat siam.

Nama “Pendang” dikatakan berasal daripada nama “Pendiat” yang bermakna parit atau lubang yang digali khas untuk menangkap dan menjinakkan gajah. Gajah-gajah yang telah dijinakkan akan dimandikan di telaga sejarah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Menurut sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau yang panjang.

Statistik bancian penduduk dari Pejabat Daerah dan Tanah Pendang menunjukkan jumlah penduduk di Daerah Pendang pada tahun 2007 adalah lebih kurang 112,000 orang. Jika dilihat kepada statistik ini, kaum Melayu merupakan majoriti penduduk di Daerah Pendang. Masyarakat Melayu di sini masih mengamalkan gaya hidup dan budaya orang Melayu sejak dari dulu lagi. Mereka saling hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain. Kehidupan di kampung-kampung di Daerah Pendang tidak banyak bezanya dengan gaya hidup di kawasan lain.

Sementara itu, jumlah penduduk masyarakat Siam yang berasal dari Thailand pula merupakan populasi yang kedua terbesar di Daerah Pendang dan kebanyakannya tinggal di kawasan kampung. Mereka ini terlibat dalam aktiviti pertanian seperti penanaman padi dan getah. Manakala, kaum Cina dan India pula masing-masing mempunyai jumlah sekitar 3,821 orang dan 203 orang.
PPIK PEKAN PENDANG














Pada 17/03/2009 pihak Warisan Global Sdn Bhd (WGSB) yang diwakili oleh En Fauzul Amir Musa, Wan Emy Fariza Wan Mehat dan Annisa Abas telah mengadakan lawatan ke PPIK Pekan Pendang.Lawatan ke PPIK ini bertujuan merapatkan hubungan mentor dengan Penyelia PPIK selain berkongsi permasalahan dan berkongsi pengalaman mengenai kejayaan setiap PPIK kawasan lain. Melalui cara ini, penyelia PPIK boleh mengetahui sasaran indeks Pengukur Prestasi atau Kit Performance Indeks (KPI).















Lawatan ini merupakan kali pertama di negeri ini dan mereka merupakan mentor PPIK bagi negeri kedah dan Perlis dan turut dihadiri oleh penyelia PPIK seluruh Kedah dan Perlis.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan dari En Anwar Yusoff yang merupakan State Controller dari Perlis dan Kedah. Selepas itu, ucapan dari wakil WG iaitu en Fauzul Amir.Turut diadakan persembahan slaid daripada penyelia PPIK Daerah Pendang berkenaan dengan aktiviti, misi, visi serta objektif PPIK daerah Pendang bagi dikongsi bersama.
















Fauzul Amir juga memberitahu, lawatan tersebut juga membantu pembangunan kapasiti penyelia dalam menyediakan rangka kerja seperti penglibatan komuniti dan maklumat lain yang diperlukan.
Majlis ini juga turut dihadiri usahawan dari PPIK Paya Kerchut iaitu En Azhar. Beliau merupakan penternak ikan keli dan lintah. Kami telah pergi melawat tapak projek tersebut di Paya Kerchut.Projek keusahawanan bersama komuniti ini bertujuan untuk merapatkan lagi PPIK dengan komuniti dalam usaha mempromosikan lagi peranan PPIK kepada Masyarakat.

Majlis ini turut diserikan lagi dengan majlis penyampaian hadiah sempena program cuti sekolah yang dianjurkan oleh PPIK Pekan Pendang dan PPIK Hujung Bandar. Kami mengadakan pertandingan Teka silang kata.

















.
PPIK PEKAN PENDANG
Pada 16/03/2009 kami PPIK Pekan Pendang dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah mengadakan program untuk pelajar-pelajar sekolah. Kami mengadakan pertandingan Teka silang Kata dan Pertandingan mewarna.






PPIK PEKAN PENDANG
Sepanjang perjalanan ke Pulau Tuba dan program-program yang dijalankan.




PPIK PEKAN PENDANG
BENGKEL LATIHAN ICT DI PULAU TUBA











Pada 13/03/2009 - 15/03/2009 pihak JKKK Kampung Kepala Bukit telah menjemput pihak Maxis (PPIK) untuk menyertai program anak angkat di Pulau Tuba, Langkawi. Oleh itu, pihak Maxis telah memilih 5 PPIK untuk menyertai program tersebut. Antara PPIK yang terlibat ialah PPIK Pekan Pendang, PPIK Hujung Bandar, PPIK Paya Kerchut, PPIK Kepala Bukit dan PPIK Padang Lalang.















Kami mengadakan Program 'Jom Belajar Internet'. Pihak Maxis telah menyediakan 20 laptop untuk kegunaan penduduk kampung Pulau Tuba. Seramai 550 orang peserta yang menyertai bengkel tersebut. Program ini bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 1.00 petang. Pada sebelah petang dan malam kami juga mengadakan lawatan dari rumah ke rumah penduduk Pulau Tuba sambil mengajar Internet.


Selain Maxis, wakil NGO lain juga terlibat dalam program ini. Antaranya Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, dan Jabatan Kesihatan Kuah, Langkawi. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya Forum Khas, pemeriksaan kesihatan,sukaneka,dan gotong royong.

Walaupun masa yang kami ada begitu singkat, kami mendapat galakan dari penduduk kampung.Mereka dapat mempelajari internet dengan baik walaupun hanya dalam masa yang singkat. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak JKKK Kampung Kepala Bukit keran menjemput kami untuk menyertai program tersebut. Kepada penduduk Pulau Tuba, terima kasih diucapkan kerana memberikan layanan yang baik dan memberikan kerjasama kepada kami.



PPIK PEKAN PENDANG














Pada 18/02/2009 dan 19/02/2009 kami dari PPIK Pekan Pendang, PPIK Paya Kerchut, PPIK Sg Tiang dan PPIK Hujung Bandar telah mengadakan bengkel latihan ICT untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Islah Pendang, Kedah. Seramai 500 pelajar temasuk guru-guru telah menyertai bengkel tersebut.

Pihak Maxis telah menyediakan 20 laptop untuk kegunaan bengkel tersebut. Kami menganjurkan bengkel tersebut selama 2 hari iaitu hari rabu dan khamis. Bengkel tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Kami mengadakan 3 sesi iaitu pada hari rabu dari 8.00 pagi - 9.30 untuk tingkatan 1, 9.30 - 11.00 untuk tingkatan 2, dan dari 12.00 - 2.00 petang untuk tingkatan 3. Pada hari Khamis, juga 3 sesi iaitu dari 8.00 pagi - 9.30 (tingkatan 4), 9.30 - 11.00 (tingkatan 6) dan 12.00 - 2.00 (tingkatan 5).

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Agama Al-Islah kerana membenarkan kami mengadakan bengkel di sekolah tersebut. Kerjasama yang diberikan amatlah memuaskan. terima kasih juga kepada Maxis terutamanya bagi State Controller kami iaitu En Anuar b. Yusuff kerana banyak membantu kami dalam menjayakan bengkel tersebut. Begitu juga kepada pembekal laptop iaitu En. Omar dan rakan-rakannya. Terima kasih juga kepada AJK-AJK Kelab PPIK Pekan Pendang yang membantu kami dalam bengkel ini dan yang terakhir terima kasih kepada akhbar SINAR Cik Faezah kerana mempromosikan dan menyiarkan program yang kami anjurkan dalam akhbar sinar.

Antara Gambar-gambar yang sempat diambil:














Kami membahagikan beberapa kumpulan untuk menerangkan tentang penggunaan internet dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan internet terhadap pelajar.















Terima Kasih kepada semua yang menjayakan Bengkel ini.
PPIK PEKAN PENDANG


Ucapan Yang Berhormat Dr. Hj Hamdan bin. Mohamed Khalib. Exco Belia dan Sukan, Kesenian, warisan dan Kebudayaan dan Kebudayaan Negeri Kedah..



Ucapan YBhg. En. Harun Jasin, AMK, BCK. Pegawai Daerah Pendang

Antara tetamu yang hadir


lawatan ke PPIK





Antara penyelia PPIK yang hadir. Dari kiri, PPIK Paya Kerchut (Huwaida), PPIK Banggol Besi (Roslaili), PPIK Lahar Tunjung (Ema), PPIK Pekan Pendang (tinie), PPIK Felda Sg Tiang (mira) PPIK Hujung Bandar (abg din)