PPIK PEKAN PENDANG














Pada 17/03/2009 pihak Warisan Global Sdn Bhd (WGSB) yang diwakili oleh En Fauzul Amir Musa, Wan Emy Fariza Wan Mehat dan Annisa Abas telah mengadakan lawatan ke PPIK Pekan Pendang.Lawatan ke PPIK ini bertujuan merapatkan hubungan mentor dengan Penyelia PPIK selain berkongsi permasalahan dan berkongsi pengalaman mengenai kejayaan setiap PPIK kawasan lain. Melalui cara ini, penyelia PPIK boleh mengetahui sasaran indeks Pengukur Prestasi atau Kit Performance Indeks (KPI).















Lawatan ini merupakan kali pertama di negeri ini dan mereka merupakan mentor PPIK bagi negeri kedah dan Perlis dan turut dihadiri oleh penyelia PPIK seluruh Kedah dan Perlis.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan dari En Anwar Yusoff yang merupakan State Controller dari Perlis dan Kedah. Selepas itu, ucapan dari wakil WG iaitu en Fauzul Amir.Turut diadakan persembahan slaid daripada penyelia PPIK Daerah Pendang berkenaan dengan aktiviti, misi, visi serta objektif PPIK daerah Pendang bagi dikongsi bersama.
















Fauzul Amir juga memberitahu, lawatan tersebut juga membantu pembangunan kapasiti penyelia dalam menyediakan rangka kerja seperti penglibatan komuniti dan maklumat lain yang diperlukan.
Majlis ini juga turut dihadiri usahawan dari PPIK Paya Kerchut iaitu En Azhar. Beliau merupakan penternak ikan keli dan lintah. Kami telah pergi melawat tapak projek tersebut di Paya Kerchut.Projek keusahawanan bersama komuniti ini bertujuan untuk merapatkan lagi PPIK dengan komuniti dalam usaha mempromosikan lagi peranan PPIK kepada Masyarakat.

Majlis ini turut diserikan lagi dengan majlis penyampaian hadiah sempena program cuti sekolah yang dianjurkan oleh PPIK Pekan Pendang dan PPIK Hujung Bandar. Kami mengadakan pertandingan Teka silang kata.

















.
PPIK PEKAN PENDANG
Pada 16/03/2009 kami PPIK Pekan Pendang dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah mengadakan program untuk pelajar-pelajar sekolah. Kami mengadakan pertandingan Teka silang Kata dan Pertandingan mewarna.






PPIK PEKAN PENDANG
Sepanjang perjalanan ke Pulau Tuba dan program-program yang dijalankan.




PPIK PEKAN PENDANG
BENGKEL LATIHAN ICT DI PULAU TUBA











Pada 13/03/2009 - 15/03/2009 pihak JKKK Kampung Kepala Bukit telah menjemput pihak Maxis (PPIK) untuk menyertai program anak angkat di Pulau Tuba, Langkawi. Oleh itu, pihak Maxis telah memilih 5 PPIK untuk menyertai program tersebut. Antara PPIK yang terlibat ialah PPIK Pekan Pendang, PPIK Hujung Bandar, PPIK Paya Kerchut, PPIK Kepala Bukit dan PPIK Padang Lalang.















Kami mengadakan Program 'Jom Belajar Internet'. Pihak Maxis telah menyediakan 20 laptop untuk kegunaan penduduk kampung Pulau Tuba. Seramai 550 orang peserta yang menyertai bengkel tersebut. Program ini bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 1.00 petang. Pada sebelah petang dan malam kami juga mengadakan lawatan dari rumah ke rumah penduduk Pulau Tuba sambil mengajar Internet.


Selain Maxis, wakil NGO lain juga terlibat dalam program ini. Antaranya Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, dan Jabatan Kesihatan Kuah, Langkawi. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya Forum Khas, pemeriksaan kesihatan,sukaneka,dan gotong royong.

Walaupun masa yang kami ada begitu singkat, kami mendapat galakan dari penduduk kampung.Mereka dapat mempelajari internet dengan baik walaupun hanya dalam masa yang singkat. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak JKKK Kampung Kepala Bukit keran menjemput kami untuk menyertai program tersebut. Kepada penduduk Pulau Tuba, terima kasih diucapkan kerana memberikan layanan yang baik dan memberikan kerjasama kepada kami.



PPIK PEKAN PENDANG














Pada 18/02/2009 dan 19/02/2009 kami dari PPIK Pekan Pendang, PPIK Paya Kerchut, PPIK Sg Tiang dan PPIK Hujung Bandar telah mengadakan bengkel latihan ICT untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Islah Pendang, Kedah. Seramai 500 pelajar temasuk guru-guru telah menyertai bengkel tersebut.

Pihak Maxis telah menyediakan 20 laptop untuk kegunaan bengkel tersebut. Kami menganjurkan bengkel tersebut selama 2 hari iaitu hari rabu dan khamis. Bengkel tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Kami mengadakan 3 sesi iaitu pada hari rabu dari 8.00 pagi - 9.30 untuk tingkatan 1, 9.30 - 11.00 untuk tingkatan 2, dan dari 12.00 - 2.00 petang untuk tingkatan 3. Pada hari Khamis, juga 3 sesi iaitu dari 8.00 pagi - 9.30 (tingkatan 4), 9.30 - 11.00 (tingkatan 6) dan 12.00 - 2.00 (tingkatan 5).

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Agama Al-Islah kerana membenarkan kami mengadakan bengkel di sekolah tersebut. Kerjasama yang diberikan amatlah memuaskan. terima kasih juga kepada Maxis terutamanya bagi State Controller kami iaitu En Anuar b. Yusuff kerana banyak membantu kami dalam menjayakan bengkel tersebut. Begitu juga kepada pembekal laptop iaitu En. Omar dan rakan-rakannya. Terima kasih juga kepada AJK-AJK Kelab PPIK Pekan Pendang yang membantu kami dalam bengkel ini dan yang terakhir terima kasih kepada akhbar SINAR Cik Faezah kerana mempromosikan dan menyiarkan program yang kami anjurkan dalam akhbar sinar.

Antara Gambar-gambar yang sempat diambil:














Kami membahagikan beberapa kumpulan untuk menerangkan tentang penggunaan internet dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan internet terhadap pelajar.















Terima Kasih kepada semua yang menjayakan Bengkel ini.
PPIK PEKAN PENDANG


Ucapan Yang Berhormat Dr. Hj Hamdan bin. Mohamed Khalib. Exco Belia dan Sukan, Kesenian, warisan dan Kebudayaan dan Kebudayaan Negeri Kedah..



Ucapan YBhg. En. Harun Jasin, AMK, BCK. Pegawai Daerah Pendang

Antara tetamu yang hadir


lawatan ke PPIK





Antara penyelia PPIK yang hadir. Dari kiri, PPIK Paya Kerchut (Huwaida), PPIK Banggol Besi (Roslaili), PPIK Lahar Tunjung (Ema), PPIK Pekan Pendang (tinie), PPIK Felda Sg Tiang (mira) PPIK Hujung Bandar (abg din)


PPIK PEKAN PENDANG
MAJLIS PERLANCARAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN AWAM PENDANG
&
PUSAT PERKHIDMATAN DAN ILMU KOMUNITI (PPIK)



Pada 31 Januari 2009 (sabtu) Perpustakaan Awam Pendang dan PPIK Pekan Pendang telah mengadakan majlis perlancarannya yang berlangsung di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Pendang, Kedah.Majlis itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Hj. Hamdan bin Mohamed Khalib, Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan Negeri Kedah. Beliau juga merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Pegawai Daerah Pendang, YBhg. En. Harun Jasin, AMK, BCK.En Aziz Azis b. Bon, Pengurus Program USP Fasa V, Bahagian Perniagaan Korporat, Dr Zahidi b. Dato Hj Zainol Rashid, AMK, BKM, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, En Anuar b. Yusoff, 'State Controller' Kedah dan Perlis.En. Bakhir b. Harun,'State Controller' Pulau Pinang dan amai lagi yang turut hadir dalam majlis ini.
Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Pegawai daerah Pendang, YBhg. En Harun Jasin dan dirasmikan oleh YB Dr. Hj. Hamdan b. Mohamed Khalib. Selepas perasmian, Exco-exco di bawa melawat sekitar Perpustakaan Awam Pendang dan PPIK Pekan Pendang.

Forum Palestin juga diadakan. Tajuk forum tersebut ialah Isu dan Cabaran. Forum ini di pengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Isa Othman (USM)dan ahli panelnya ialah En. Mohideen Abdul Kadir (CAP) dan Prof. Madya Dr. Fadhlullah Jamil (USM).selepas forum ceramah juga diadakan dan tajuknya ialah Melahirkan Insan Cemerlang oleh En. Kamaruddin Harun. Selain itu, Pesta Buku Pendang 2009 juga diadakan selama 3 hari.

Majlis ini berjalan dengan lancar dan tamat pada pukul 2.00 petang.






PPIK PEKAN PENDANG
Karnival Jom Internet telah diadakan di Pekan Pendang pada 21/11/2008 - 22/11/2009.





PPIK PEKAN PENDANG
LATIHAN ICT UNTUK KOMUNITI ( PENGHULU, TUAN IMAN, JKKK, JKKKP,MKK DAN BELIA-BELIA PEKAN PENDANG)








PPIK Pekan Pendang, Paya Kerchut dan Hujung Bandar telah mengadakan Bengkel Latihan ICT untuk Komuniti untuk Penghulu, Tuan-tuan Iman, JKKK, JKKKP, MKK, dan belia-belia kampung bagi kawasan Pendang, Kedah. kami mengadakan bengkel tersebut selama 3 hari dari tarikh 20/01/2009 sehingga 22/01/2009. bengkel tersebut di adakan di Pejabat Daerah Pendang.



Pihak maxis telah menyediakan laptop untuk kegunaan bengkel tersebut. kami mengadakan 2 sesi dalam satu hari iaitu dari jam 8.00 pagi - 1.00 petang dan 2.oo petang - 5 petang.




bengkel ini dijalankan dengan jayanya. kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. untuk pihak maxis kami ingin mengucapkan terima kasih kerana menyediakan laptop untuk bengkel ini.












PPIK PEKAN PENDANG


()"*"()
( ‘o’, )
(,,)=(,,)=======================
*`..` SeLaMaT `..`
**`..` MeNYaMBuT `..`
**`..` RaMaDaN `..`
**`..` Al-MuBaRaK `..`*

()"*"()
( ‘o’, )
(,,)=(,,)=======================
*`..` SeMoga RamAdHan kALi iNi`..`
**`..`DiberiKaN 1001 RaHmaT &KeBerKatan-Nya `..`
**`..`InsYaALLAH`..`*

()"*"()
( ‘o’, )
(,,)=(,,)=======================
*`..` RiBuan KeMaAfan`..`
**`..` AnDai Ade SaLah `..`
**`..` & SiLaP`..`*
PPIK PEKAN PENDANG







()"*"()
( ‘o’, )
(,,)=(,,)=======================

**`..` SeLaMaT `..`

**`..` MeNYaMBuT `..`

**`..` RaMaDaN `..`

**`..` Al-MuBaRaK `..`*


()"*"()
( ‘o’, )
(,,)=(,,)=======================

*`..` SeMoga RamAdHan kALi iNi`..`

**`..`DiberiKaN 1001 RaHmaT &KeBerKatan-Nya `..`

**`..`InsYaALLAH`..`*


()"*"()
( ‘o’, )
(,,)=(,,)=======================

*`..` RiBuan KeMaAfan`..`

**`..` AnDai Ade SaLah `..`

**`..` & SiLaP`..`*

PPIK PEKAN PENDANG